Victoria Cake

Jika anda sedang ingin membuat victoria cake. Dalam resepi ini, kami akan kongsikan tutorial lengkap cara memasak victoria cake dengan mudah dan pastinya tidak kurang sedapnya.

Jangan risau, tutorial cara memasak victoria cake ini yang akan kami terangkan bahan dan langkahnya.

resepi victoria cake

Victoria Cake

Victoria Cake buat untuk minum petang tadi.
No ratings yet
Prep Time 15 mins
Cook Time 45 mins
Course Dessert
Cuisine American
Servings 7 Orang

Ingredients
  

Bahan kek

  • 175 gram tepung naik sendiri diayak
  • 175 gram butter
  • 100 gram gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 biji telur

Bahan Hiasan

  • 150 gram whipping cream
  • 100 gram jem strawberi
  • 1 sudu kecil icing sugar
  • 7 biji strawberi dihiris nipis

Instructions
 

  • Pukul butter, vanila dan gula hingga kembang dan berkrim.
  • Masukkn telur sebiji demi sebiji hingga adunan elok sebati.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi licin.
  • Gris dan alas 2 buah loyang 7inc dengan baking paper.
  • Bahagikan adunan sama banyak dikedua dua loyang, hentak hentak sedikit loyang supaya adunan sama rata.
  • Susun hirisan strawberi diatas 1 adunan kek sahaja. Manakala 1 lagi dibiarkan kosong untuk bahagian bawah.
  • Panaskan oven pada suhu 180°C (160°C fan).
  • Bakar selama 25-30min hingga perang, atau kek elok masak dengan memasukkan cake tester / lidi
  • Sejukkan loyang diatas rak dawai hingga kek boleh dikeluarkan dari loyang.
  • Untuk menghias kek pukul whipping cream hingga soft peak dan sapukan pada permukaan kek yang kosong.
  • Sudukan pula jem strawberi dan susun baki hirisan stroberi diatasnya.
  • Akhir sekali letakkan kek yang ada lapisan strawberi diatasnya. Taburkan snow powder sebelum menghidang.
  • Siap dihidangkan.
Keyword Victoria Cake
Tried this recipe?Let us know how it was!

Sejarah Victoria Cake

Digelar antara kek tertua di dunia, kek ini sudah wujud sejak Zaman Renaissance lagi tau. Dikatakan bahawa kuih-muih ini mula diperkenalkan oleh seorang chef Itali yang bekerja di Perancis dan England antara 1420 dan 1520.

Pada tahun 1615, resipi itu kemudiannya diabadikan dalam buku masakan dan perubatan Inggeris oleh penyair Inggeris Gervase Markham bertajuk The English Huswife. .

Namun, makanan manis yang satu ini dahulunya dikenali sebagai biskut roti kerana teksturnya yang masih rangup dan nipis ketika itu.

Hanya pada pertengahan abad ke-18, pembuat roti mula menggunakan teknik span untuk membuat doh roti mengembang dengan sempurna. Sejak itu, roti ini dikenali sebagai kek span dan telah merebak ke pelbagai negara.

Pelbagai Pilihan Cake

Selain victoria cake, terdapat juga beberapa kek yang boleh kita buat dari rumah dengan bahan-bahan yang mudah seperti:

  1. Burnt Cheesecake
  2. Cupcake Coklat
  3. Orange Butter Cake
  4. Pizza Simple

Itulah resepi victoria cake yang boleh anda amalkan sendiri di rumah.

Selamat mencuba.

Categories Kek

Leave a Comment

Recipe Rating