Go Back
+ servings
resepi apam balik

Apam Balik

Kuih tradisional yang manis, gebu, sedap, dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 45 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 4 people

Ingredients
  

Kulit Apam

  • 200 gram tepung gandum protein sederhana
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • ¾ sudu kecil soda penaik
  • ½ sudu kecil garam halus
  • 50 gram gula
  • 160 ml air
  • 160 ml susu cair
  • 1 biji telur
  • 40 gram butter/mentega cair

Inti Apam

  • secukup rasa kacang tanah tanpa kulit bakar, cincang kasar
  • secukup rasa gula
  • secukup rasa butter
  • secukup rasa susu pekat manis
  • secukup rasa keju parut
  • secukup rasa meises coklat

Instructions
 

  • Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  • Seterusnya, gaul adunan dengan whisk hingga betul-betul licin dan tiada lagi ketulan doh. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
  • Panaskan kuali non-stick, kemudian masukkan sedikit minyak dan sapu baki minyak menggunakan kain.
  • Kemudian tuang adunan secukupnya ke dalam kuali. (kalau nak pekat boleh masukkan doh).
  • Bila buih mula banyak, taburkan gula inti mengikut citarasa (lebih baik tambah sedikit mentega) kemudian tutup kuali supaya bahagian tengah cepat masak.
  • Apabila bahagian tengah sudah masak dan bahagian tepi telah mengeras segera keluarkan.
  • Segera lipat dua, kemudian hidangkan semasa panas bersama teh suam segar.
Keyword apam balik
Tried this recipe?Let us know how it was!