Go Back
+ servings
resepi bihun sup utara ayam

Bihun Sup Utara

Kadang-kadang jika tekak rasa nak makan makanan yang berkuah dan 'light' sahaja, boleh lah sediakan bihun sup ayam utara ni
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 4 people

Ingredients
  

Bahan Bihun

  • 1 peket bihun
  • 1 sudu besar kunyit

Bahan Sup Tulang

  • 1 ekor ayam potong kecil
  • 2 batang serai
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk
  • 4 biji bawang merah ditumbuk
  • 1 batang kayu manis
  • ½ sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
  • ½ sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 biji bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • secukupnya batang daun sup
  • secukupnya air

Bahan Sambal Merah

  • secukupnya cili kering blend
  • secukupnya air asam jawa
  • secukupnya garam
  • secukupnya gula

Bahan Sampingan

  • secukupnya daun bawang
  • secukupnya daun sup
  • secukupnya lobak masin
  • secukupnya bawang goreng

Instructions
 

Bihun

  • Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit. Kemudian basuh dan tapis.

Sup Tulang

  • Masukkan semua bahan bahan didalam periuk
  • Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka

Sambal Merah

  • Tumis bawang kemudian masukkan cili. Masak sampai pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa atau cuka, garam dan gula. Boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bihun Sup Utara (Ayam)

  • Masukkan semua bahan bahan Sup Tulang didalam periuk.
  • Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka.
  • Lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup. Kalau tak nak buat pon tak apa, kalau buat sedap la sup korang tu.
  • Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun:
    Daun bawang, daun sup, lobak masin, limau nipis. 
Keyword bihun sup ayam, bihun sup utara
Tried this recipe?Let us know how it was!