Go Back
resepi kek coklat tornado

Kek Coklat Tornado

Kek yang manis, lembut, dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour
Course Snack
Cuisine Melayu

Ingredients
  

  • cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula kastor
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • ¼ sudu kecil garam
  • 1 cawan susu full cream
  • 1 cawan butter cair
  • ¾ sudu kecil bancuhan kopi dan air panas

Instructions
 

  • Pecahkan telur dan masukkan gula kastor ke dalam mangkuk.
  • Pukul kedua bahan sehingga kembang dan gulanya hancur.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sampai sebati.
  • Campurkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam halus dalam 1 bekas lain. Kemudian ayak campuran bahan ini.
  • Selepas diayak, masukkan ke dalam mangkuk bancuhan kek tadi. Masukkan sikit demi sedikit sambil kacaunya sebati.
  • Masukkan susu full cream.
  • Masukkan butter cair dan kacau hingga sebati.
  • Masukkan bancuhan kopi dan air panas tadi. Kacau sebati dalam adunan tadi.
  • Sediakan bekas yang sesuai untuk dikukus.
  • Kemudian tuangkan adunan kek coklat tadi paras ⅓ penuh bekas.
  • Kukus selama 40 minit. Sebelum tu jangan lupa tutup kek dengan aluminium foil.
  • Selepas kek dah masak, ia akan naik gebu. Biarkan ia sejuk dahulu. Kek ni nanti dibelah 2 tengahnya untuk dimasukkan fillinf cream cheese, 1 bahagian cheese akan disapukan di atas kek coklat juga.
  • Sambil tunggu kek sejuk, boleh sediakan bahagian cream cheese dan coklat ganache juga.
Keyword kek coklat tornado
Tried this recipe?Let us know how it was!