Go Back
+ servings
resepi Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

Kek Gula Hangus Sukatan Cawan

Kek yang sedap dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 3 hours 15 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 1 loyang

Ingredients
  

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 6 biji telur
  • 5 sudu makan marjerin/butter
  • 2 cawan air panas
  • ½ tin susu pekat manis
  • 1 sudu besar soda penaik
  • 1 sudu kecil esen vanila

Instructions
 

  • Karamelkan gula di dalam kuali. Gunakan api perlahan.
  • Selanjutnya, setelah gula karamel sepenuhnya. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga habis. Biarkan sehingga 1 minit kemudian kacau rata. Tutup api dan biarkan sejuk.
  • Kemudian, cairkan marjerin/butter dan biarkan sejuk.
  • Selain itu, di dalam bekas lain, pecahkan telur, masukkan esen vanila dan susu pekat. Kacau rata semua bahan. Tak perlu pukul sehingga kembang.
  • Kemudian, masukkan marjerin cair yang sudah sejuk ke dalam adunan telur. Kacau rata.
  • Lalu, ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau rata.
  • Dan, akhir sekali masukkan gula karamel yang sudah sejuk. Kacau sehingga rata.
  • Selanjutnya, lapik loyang menggunakan baking paper. Sesuai untuk loyang 8 inci. Tapis adunan kek terlebih dahulu sebelum di tuang ke dalam loyang. Setelah tuang ke dalam loyang. Perap 3 jam.
  • Kemudian, setelah 3 jam. Panas kan oven 170c selama 10 minit. Kemudian bakar kek selama 30 minit 170c api bahagian bawah sahaja, tambah lagi 20 minit api atas bawah. Pastikan redai di letakkan di bahagian bawah sekali.
Keyword kek gula hangus sukatan cawan
Tried this recipe?Let us know how it was!