Go Back
+ servings
resepi ikan bilis goreng kicap

Ikan Bilis Goreng Kicap

Lauk berasaskan ikan bilis yang sedap dan menyelerakan.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 15 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 3 people

Ingredients
  

  • ½ cawan ikan bilis
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 20 biji cili api merah
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 biji tomato
  • ½ sudu kecil perasa
  • 2 sudu besar kicap manis

Instructions
 

  • Keluarkan kepala ikan bilis dahulu. Kemudian, rendam dalam air suam selama 2 minit.
  • Selepas 2 minit berlalu, toskan air. Kemudian, goreng ikan bilis sehingga nampak keperangan. Jika ia kelihatan coklat, keluarkan segera dan toskan.
  • Cincang kasar bawang merah, bawang putih, cili api merah, cili merah besar, dan tomato mengikut citarasa. Kemudian, puri menggunakan pencincang atau pengisar yang anda ada.
  • Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. Bila dah panas, masukkan rempah kisar dan tumis hingga naik bau.
  • Jika mula naik bau, masukkan ikan bilis, kicap manis dan perasa. Masak sehingga semua bahan sebati.
  • Jangan lupa untuk sentiasa membetulkan rasa. Boleh tambah perasa secukup rasa jika masih kurang.
  • Segera angkat dan toskan jika dirasa betul. Akhir sekali, ikan bilis goreng kicap sedia untuk dihidangkan.
  • Hidangkan bersama nasi hangat, sayur asam jawa dan keropok.
Keyword ikan bilis goreng kicap
Tried this recipe?Let us know how it was!