Go Back
+ servings
Ikan Bawal Bakar Teflon

Ikan Bawal Bakar Teflon

Edisi mengidam ikan bakar tapi malas nak sediakan arang untuk bakar ikan. Jadi bila guna Teflon, hasilnya pun sedap macam pakai arang.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 33 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 8

Ingredients
  

Bahan Utama

  • 8 Ekor Ikan Bawal (Saya guna yang kecik)
  • 2 Biji Limau nipis
  • 2 Sudu besar Kicap manis
  • 2 Sudu besar Minyak masak
  • 1 Sudu besar Sos tomato panggang

Bahan Rempah Kisar

  • 4 Ulas Bawang merah
  • 4 Ulas Bawang putih
  • 1 Cm Kunyit
  • 2 Cm Halia
  • 2 Biji Cili merah
  • 2 Biji Cili hijau
  • ½ Sudu kecil Ketumbar
  • Secukupnya Garam

Bahan Sos Kicap

  • 2 Sudu besar Kicap manis
  • 2 Ulas Bawang merah
  • 8 Biji Lada cayenne/cabai rawit
  • ½ Biji Limau nipis

Instructions
 

  • Bersihkan ikan dari sisik dan usus. Basuh dan salut dengan air limau nipis. Biarkan seketika untuk menghilangkan bau hanyir. Tips: Keluarkan insang ikan, sebab insang ikan ni akan keluarkan bau hanyir bila di bakar.
  • Tumbuk semua Bahan Rempah Kisar. Kemudian tumis menggunakan api perlahan sahaja. Setelah naik bau, masukkan sos tomato dan kicap manis. Gaul rata dan padamkan api. Masukkan ikan bawal dan tumis rempah hingga rata antara ikan.
  • Panaskan teflon yang tidak melekat. Masukkan sedikit marjerin/minyak masak ± 1 sudu besar.
  • Bakar ikan di atas api perlahan. Jangan berulang-alik supaya ikan tidak hancur. Setelah dibalikkan, sapukan baki rempah yang di tumis tadi.
  • Sementara menunggu ikan bakar masak, buat kicap dengan mencampurkan kesemua bahan kicap tadi. Bawang merah dan cili hanya dipotong mengikut citarasa sahaja. masukkan kicap beri perahan limau nipis/buah tomato jika suka.
  • Hidangkan bersama nasi hangat, jeruk, dan kicap.
  • Nota: Untuk sos tomato, saya menggunakan sos tomato yang bertujuan untuk memanggang/membakar ikan (bungkusan hanya plastik). Jika anda menggunakan sos tomato dalam botol rasa mungkin sedikit berbeza. Boleh digantikan dengan sos tomato untuk bebola daging. Resipi boleh guna untuk ikan lain.
Keyword Bakar, Bawal, Ikan, Teflon
Tried this recipe?Let us know how it was!