Go Back
+ servings
nasi kak wok

Nasi Kak Wok

Nasi berlauknya cukup ringkas. Nasi putih dicampur gulai ayam bersama ayam goreng kecil dan dilengkapkan dengan sambal. Dibungkus pula dengan sehelai kertas makanan. Itulah identiti nasi berlauk yang sebelum ini dipopularkan oleh Kak Wook
No ratings yet
Prep Time 30 minutes
Cook Time 35 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 4 people

Ingredients
  

Bahan Untuk Gulai

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 mangkuk ayam bahagian kaki, leher, dan tulang
  • 1 biji terung panjang
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah kerutuk
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam keping
  • sedikit gula nisan
  • secukupnya garam
  • 6 tangkai cili padi

Bahan Untuk Ayam Goreng

  • 600 gram ayam
  • 2 sudu kecil garam
  • ½ sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung goreng ayam
  • secukupnya minyak masak

Bahan Untuk Sambal Belacan

  • 4 biji cili merah
  • 20 biji cili padi
  • 4 biji limau kasturi
  • 1 inci belacan
  • ½ cawan air asam jawa
  • secukupnya gula
  • secukupnya garam
  • secukupnya serbuk perasa

Instructions
 

Gulai

  • Kisar halus bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas.
  • Bancuh serbuk rempah kari daging dan serbuk rempah kerutuk dengan air.
  • Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan kari dan cili kisar atau serbuk cili. Gaul dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher) dan gaul. Kemudian, biarkan sehingga ayam separuh masak serta kering air.
  • Masukkan air.
  • Masukkan sayur kacang panjang dan terung yang telah dipotong, santan, gula nisan atau gula melaka dan garam secukup rasa.
  • Tambah air atau santan jika kuah kelihatan kering.
  • Masukkan cili padi dan asam keping.
  • Masak sehingga sayur lembut dan gulai masak pekat sekata.

Ayam Goreng

  • Potong ayam kepada ketulan saiz kecil.
  • Gaul sekata ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan sedikit tepung goreng ayam segera. Kemudian, perap ayam.
  • Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga garing dan keperangan.
  • Selepas itu, hidangkan dengan nasi, gulai dan sambal belacan. Nasi ala Kak Wok sudah siap.

Sambel Belacan

  • Kisar kasar cili, belacan bakar, hirisan limau kasturi, air asam jawa, garam, gula dan cukup perasa
Keyword nasi kak wowk
Tried this recipe?Let us know how it was!