Go Back
+ servings
resepi Telur Masak Sos Tiram

Telur Masak Sos Tiram

Menu telur olahan yang sedap dan menyelerakan.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 5 people

Ingredients
  

  • 5 biji telur
  • 3 biji cili merah besar
  • 1 biji bawang besar cincang
  • 3 ulas bawang putih cincang
  • 1 batang daun bawang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu kecil serbuk lada
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • secukup rasa garam

Instructions
 

  • Goreng telur mata lembu atas kuali.
  • Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau. Selepas itu masukkan bawang besar. Tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga tekstur mula layu.
  • Masukkan sos tiram, serbuk lada sulah, kicap manis, pati ayam, dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah sebati.
  • Masukkan telur goreng yang telah digoreng ke dalam perencah tumis. Semasa memasukkan telur bersama rempah tumis, pastikan semua bahagian telur tenggelam. Ini supaya rempah ratus dapat meresap sempurna ke dalam telur.
  • Apabila rempah telah mula meresap sempurna ke dalam telur, masukkan hirisan bawang hijau dan cili merah besar ke dalam telur yang digoreng supaya rasa lebih sedap.
Keyword telur masak sos tiram
Tried this recipe?Let us know how it was!