Go Back
+ servings
Marble Kek

Marble Kek

Berbagai corak yang cantik direka, menjadikannya sesuai dihidangkan dalam majlis-majlis sempena Hari Lahir, Hari Pertunangan dll. Sangat mudah diikuti dan hasil keknya memang sedap.
No ratings yet
Prep Time 30 minutes
Cook Time 1 hour
Course Appetizer
Cuisine Melayu
Servings 10 Orang

Ingredients
  

  • 150 gran mentega
  • 180 gram gula kastor
  • 5 biji telur
  • 50 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar ovalette
  • 220 gram tepung ayak
  • secukupnya pewarna

Instructions
 

  • Dalam mangkuk mixer; campurkan gula, telur, susu segar, esen vanila, ovalette, tepung. Mix /pukul sehingga ringan, gebu dan putih (10-15 minit).
  • Cairkan mentega sejukkan. 
  • Masukkan mentega cair ke dalam adunan. Guna kaedah kaup balik (perlahan2), sehingga semua bahan sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  • Warnakan merah jambu, hijau epal, kuning lemon dan warna asal.
  • Sediakan loyang saiz 9x9x2, griskan loyang, alas dengan baking paper.
  • Masukkan kedalam loyang adunan warna asal sebagai bes, ratakan. Kemudian masukkan setiap bahagian warna menepati citarasa. Akhir sekali letak 1 sudu secara rawak di atas. Bila semua adunan sudah habis, hentakkan loyang. Buat lorekan bahagian atas mengikut kreativiti dengan menggunakan copstik/lidi sate.
  • Preheat oven. Bila oven sudah panas masukkan loyang. Bakar pada suhu 140 darjah C selama 1 jam/hingga masak. Bila sudah masak, terbalikkan diatas ridai yang berpetak2 untuk dapatkan corak.
  • Buang baking paper. Biarkan selama 20-30 minit (sehingga nampak ada corak). Terbalikkan semula ke atas pinggan. Boleh hias dengan manik gula. 
Keyword Kek, Marble
Tried this recipe?Let us know how it was!