Go Back
+ servings
resepi telur bistik

Telur Bistik

Telur Bistik menu kegemaran anak anak, resepi ini amat mudah dan siple untuk dibuat. Jom kita masak.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 20 minutes
Course Breakfast
Cuisine Japanese
Servings 3 Orang

Ingredients
  

  • 1 sudu besar sos spageti
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 biji telur
  • ½ cawan daging cincang
  • ½ biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 hiris cupsicum hijau dipotong dadu
  • 1 tangkai cili padi merah dipotong dadu
  • 1 tangkai cili padi hijau dipotong dadu
  • ½ biji lobak merah dipotong dadu
  • secukupnya garam
  • secukupnya gula
  • secukupnya minyak
  • secukupnya air untuk kuah

Instructions
 

  • Pecahkan telur, pukul sebati dengan garam dan goreng dadar diatas kuali yang sedikit lebar. Angkat dan ketepikan.
  • Tambahkan minyak pada kuali tadi, tumiskan bawang putih dan masukkan daging. Biarkan sehingga daging masak.
  • Masukkan bawang besar, cili padi, lobak merah, Sos Spageti dan Sos Tiram.
  • Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sebentar. tambahkan air jika mahu.
  • Tutup api, barulah masukkan hirisan cupsicum merah dan hijau.
  • Tuangkan sos keatas telur dadar, bungkus dan terbalikkan keatas pinggan hidangan. Siap untuk dihidangkan.
Keyword Bistik, Telur
Tried this recipe?Let us know how it was!