Go Back
+ servings
Bihun Sup Siam Thai

Bihun Sup Siam (Thai)

Masakan bihun sedap, menyelerakan dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Thailand
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

Bahan A

  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 5 ulas bawang putih tumbuk kasar
  • 8 ulas bawang merah dimayang
  • 1 sudu kecil lada hitam tumbuk kasar
  • 1 inci halia cincang
  • 1 liter air

Rempah

  • 1 inci kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

Bahan B

  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • secukup rasa daun bawang dan daun sup
  • 2 sudu besar jus limau nipis
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • secukup rasa gula batu
  • secukup rasa garam

Bahan C

  • secukup rasa limau nipis
  • secukup rasa serbuk cili
  • secukup rasa lobak masin dicincang
  • secukup rasa kangkung air dicelur
  • secukup rasa kacang tanah digoreng dan tumbuk kasar

Instructions
 

  • Panaskan minyak masak di dalam periuk besar. Tumis Bawang besar yang di cincang hingga keperangan dan berbau wangi, masukkan air dan semua bahan A iaitu halia, kulit kayu manis, bawang putih, lada hitam dan isi ayam kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
  •  Kecilkan api dan renih kuah selama 20minit hingga isi ayam lembut dan masak.Jika suka, boleh juga di masukkan bebola daging. Masukkan juga sos ikan, daun bawang, daun sup, jus limau, minyak bijan, gula batu dan garam. (Semua bahan B)
  • Setelah kuah Sup masak, celur bihun dengan air mendidih dan sejat. Masukkan bihun kedalam mangkuk serta isi ayam yang di carik-carikkan dan bahan-bahan C. Sedia untuk di hidangkan.
Keyword bihun sup siam, bihun sup thai
Tried this recipe?Let us know how it was!