Go Back
+ servings
resepi Nasi Ayam Buttermilk

Nasi Ayam Buttermilk

Menu nasi ayam sedap, menyelerakan, dan mudah dibuat oleh sesiapa sahaja.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 45 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 2 hidangan

Ingredients
  

  • 300 gram ayam
  • 2 cawan beras basmati
  • 500 ml air
  • 80 ml susu UHT
  • 1 potong lemon
  • 1 biji lobak merah potong batang mancis
  • 1 biji tomato potong

Bahan Rempah

  • 2 helai daun salam
  • ¼ biji bawang besar dicincang
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk lada
  • ½ sudu kecil serbuk buah pala
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk kayu manis
  • secukup rasa minyak masak
  • secukup rasa garam
  • ½ sudu kecil serbuk stok ayam

Instructions
 

  • Basuh beras kemudian toskan, potong sayur dan sediakan ayam.
  • Masukkan sedikit minyak dan perasa dalam kuali kecuali garam dan serbuk pati ayam. Goreng dengan tambahan sedikit air dan api kecil sahaja supaya tidak terlalu kering dan melekat pada kuali. Masukkan ayam, 100 ml air dan balik-balikkan sehingga ayam empuk dan bertukar warna.
  • Buat buttermilk daripada susu ditambah jus lemon, kacau dan biarkan ia pekat. Masukkan beras, lobak merah, tomato, daun salam dan buttermilk, gaul rata. Matikan api.
  • Pindahkan ke dalam periuk nasi, masukkan baki 400 ml air atau mengikut keperluan. Masukkan garam dan serbuk pati ayam. Masak sehingga masak. Boleh dihidangkan bersama hirisan timun dan taburan bawang goreng.
Keyword nasi ayam buttermilk
Tried this recipe?Let us know how it was!