Go Back
+ servings
resepi Nasi Ayam Balado

Nasi Ayam Balado

Menu nasi ayam sedap, menyelerakan, dan mudah dibuat oleh sesiapa sahaja
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 12 hidangan

Ingredients
  

Nasi Bakar

  • 1 kg beras
  • 1 biji kelapa
  • 5 helai daun salam
  • 2 batang serai
  • secukup rasa air masak
  • 2 sudu kecil garam

Ayam Balado

  • 250 gram fillet dada ayam
  • 100 gram cili merah
  • 3 ulas bawang putih

Bahan Rempah

  • secukup rasa garam
  • secukup rasa gula putih
  • secukup rasa serbuk lada
  • secukup rasa totole

Bahan Pelengkap

  • secukup rasa daun selasih
  • secukup rasa tauhu
  • secukup rasa tempe

Instructions
 

  • Basuh beras hingga bersih. Parut dan perah kelapa. Didihkan air kelapa kemudian masukkan daun salam dan serai, tunggu hingga mendidih baru masukkan beras yang telah dibasuh, kacau kemudian masukkan garam. Tunggu nasi naik sedikit. Selepas itu tutup api. Biarkan selama 30 minit kemudian kukus sehingga masak (lebih kurang 30 minit).
  • Kukus ayam sehingga masak, kemudian carik ayam. Haluskan cili merah dan bawang putih.
  • Panaskan kuali dengan minyak dan tumis cili merah dan bawang putih hingga masak. Selepas itu, masukkan ayam yang dicincang dan masukkan rempah.
  • Setelah nasi dan balado ayam masak, susun atas daun pisang, jangan lupa masukkan daun selasih dan bungkus. Selepas itu, bakar beras yang telah dibungkus sehingga daun pisang sedikit kehitaman.
  • Nasi bakar sedia untuk dimakan, boleh juga masukkan tempe dan tauhu (atau topping lain).
Keyword nasi ayam balado
Tried this recipe?Let us know how it was!