Go Back
+ servings
resepi Muffin Pandan

Muffin Pandan

Kek muffin dengan bahan asas yang ringkas sedap dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 44 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 2 people

Ingredients
  

Bahan Kering

  • 150 gram tepung serbaguna
  • 100 gram gula
  • ½ sudu kecil serbuk penaik
  • ½ sudu kecil soda penaik
  • secukupnya keju parut untuk topping

Bahan Basah

  • 50 gram mentega cairkan
  • 50 ml minyak sayur
  • 125 ml santan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pes pandan
  • 1 sudu kecil esen vanila

Instructions
 

  • Campurkan semua bahan basah, kacau dengan whisk.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan kering, gaul rata. Buat lubang di tengah.
  • Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering, kemudian kacau sekejap dengan whisk (ingat, kacau sekejap saja. 10 saat pun dah cukup. Kalau masih berketul, biarkan sahaja). Masukkan ke dalam cawan muffin, ketinggian 3/4 cawan sahaja.
  • Beri topping mengikut citarasa, segera bakar dalam oven selama 25-30 minit. Saya menggunakan periuk serbaguna selama 25 minit dengan api sederhana.
  • Nota: apabila mencairkan mentega, jangan biarkan ia mendidih. cair sahaja. Apabila mencampurkan bahan basah dan bahan kering, sekejap sahaja supaya muffin tidak berketul, kemudian segera bakar. Sesuaikan masa nak panaskan oven. Yang penting muffin masuk oven dah panas.
  • Sedia dihidangkan.
Keyword muffin pandan
Tried this recipe?Let us know how it was!