Go Back
+ servings
cempedak goreng crispy

Cempedak Goreng Crispy

Rindu dengan cempedak goreng kampung, memang sesuai tempat tinggal bila musim. Jom goreng cempedak segera, rasanya sangat sedap dan wangi lagi.
No ratings yet
Prep Time 5 minutes
Cook Time 35 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 1 Biji Cempedak masak (saya beli saiz besar)
  • 400 Gram Tepung gandum
  • 3 Sudu besar Tepung beras
  • 1 Sudu besar Tepung jagung
  • ½ Sudu besar Vanila cair
  • Secukupnya Garam
  • Secukupnya Gula
  • Secukupnya Minyak masak
  • Secukupnya Air sejuk masak

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Sediakan semua bahan.
  • Potong buah cempedak, kemudian keluarkan isinya. Buang bijinya (Kalau tak buang pun tak apa).
  • Gaul semua bahan, kemudian masukkan cempedak. Dan kacau sehingga ia benar-benar ditutup dengan adunan.
  • Goreng dalam minyak hingga kekuningan, jangan lupa kecilkan api.
  • Angkat kemudian toskan, hidangkan semasa suam. Cocol dengan sambal belimbing lagi sedap.
  • Semoga berjaya.
Keyword Cempedak, Goreng crispy
Tried this recipe?Let us know how it was!