Go Back
+ servings
sup bebola daging ayam tauhu simple

Sup Bebola Daging Ayam Tauhu Simple

Anak-anak memang suka makan sup dan tauhu putih terutama rasa bebola daging yang memang sedap katanya. Sesuai untuk cuaca sejuk.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 45 minutes
Course Soup
Cuisine Chinese
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 1 Pek Sup Sayur-sayuran dipotong dan diasingkan daripada tomato
  • 1 Biji Paha ayam Potong 3
  • 2 cm Halia Dikupas, ditumbuk
  • 5 Biji Bebola daging Rendam dalam air suam
  • ½ Biji Tauhu silikon sutera
  • 3 Ulas Bawang merah
  • 2 Ulas Bawang putih Dihiris
  • 1 Biji Tomato
  • Secukupnya Bawang dan saderi Dalam sup plastik
  • Secukupnya Garam Secukup rasa
  • Secukupnya Gula Secukup rasa
  • Secukupnya Lada sulah Secukup rasa
  • Secukupnya Serbuk sup Secukup rasa

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Sediakan semua bahan.
  • Ayam direbus sedikit dengan garam. Buang air, ketepikan ayam.
  • Didihkan air, masukkan 1 sudu besar minyak masak. Setelah mendidih masukkan bawang besar dan halia yang dihiris serta ayam.
  • Selepas 5 minit, masukkan sayur-sayuran. Tunggu sehingga masak.
  • Kemudian masukkan gula, garam, lada sulah, dan sup serbuk. Uji rasa.
  • Jika sudah sesuai, masukkan bebola daging. Selepas bebola daging masak, masukkan potongan tauhu.
  • Kemudian masukkan bawang besar, tomato dan saderi. Selepas tomato agak layu, taburkan dengan bawang goreng.
  • Selesai, Sup sedia untuk dihidangkan.
Keyword Ayam, Bebola, Sup, Tauhu
Tried this recipe?Let us know how it was!