Go Back
+ servings
kek chocolate mousse

Kek Chocolate Mousse

Kalau suka coklat kena cuba ni, memang coklat, senang nak buat cuma kacau je, tak perlu masuk oven, tak perlu kukus.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 35 minutes
Course Dessert
Cuisine Italian
Servings 3

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 500 ml Susu cair
  • 100 Gram Coklat bar Dcc (Coklat Hitam)
  • 2 Sudu besar Gula
  • 2 Sudu besar Tepung jagung
  • 2 Sudu besar Serbuk koko
  • 1 Sudu besar Serbuk agar-agar (Saya guna jenama Nutrijell plain)
  • 1 Sachet Susu pekat manis putih
  • Secukupnya Serbuk koko (Untuk taburan)

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Sediakan semua bahan.
  • Masukkan dalam loyang/teflon susu cair, gula, serbuk nutrijell biasa, serbuk koko dan susu pekat manis. Kacau rata dan pastikan tiada ketul.
  • Masak dengan api sederhana sambil dikacau.
  • Kemudian masukkan coklat dcc (Dark Chocolate) dan gaul rata, kemudian masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan bersama 1 sudu besar air.
  • Masak hingga agak pekat kemudian tutup api dapur.
  • Segera tuang ke dalam bekas / loyang sebab kalau tak tuang langsung, adunan akan cepat mengeras dalam loyang / teflon.
  • Simpan di dalam peti sejuk selama kira-kira 1 jam atau sehingga set.
  • Selepas 1 jam keluarkan dari bekas kemudian taburkan serbuk koko dan potong mengikut citarasa.
  • Kek sedia untuk dinikmati.
Keyword Kek mousse coklat
Tried this recipe?Let us know how it was!