Go Back
+ servings
bubur kacang hijau susu

Bubur Kacang Hijau Susu

Buat bubur susu kacang hijau untuk berbuka puasa, lagipun senang nak buat, jimat gas, masa & kos, tapi rasa sangat sedap dan mudah kenyang.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 50 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 6

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 250 Gram Kacang hijau
  • 250 ml Susu UHT penuh krim (Full cream)
  • 1 Pek Santan (Jenama Santan Kara segitiga @65 ml)
  • 3 Biji Gula merah bulat kecil
  • 5 Sudu besar Gula
  • 1 Liter Air
  • Secubit Garam
  • 2 Helai Daun pandan

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Sediakan semua bahan.
  • Rendam kacang hijau selama 3 hingga 5 jam, kemudian bersihkan & toskan.
  • Didihkan air dan rebus hanya kacang hijau & daun pandan (tanpa bahan lain) selama 5 minit.
  • Kemudian tutup dapur, biarkan periuk berada di atas dapur selama 30 minit tanpa membuka penutup.
  • Selepas 30 minit, lihat kacang hijau masak dengan sempurna, dijamin sangat lembut.
  • Kemudian masak semula kacang hijau selama 7 minit, masukkan susu UHT, santan, gula merah, gula & garam. Kacau hingga rata.
  • Angkat & hidangkan. Bubur kacang hijau sedia untuk dinikmati.
Keyword Bubur, Kacang hijau, Susu
Tried this recipe?Let us know how it was!