Go Back
+ servings
resepi nasi arab kabsah

Nasi Arab Kabsah

Nasi kabsah adalah hidangan khas Timur Tengah yang sinonim dengan rasa masam yang enak daripada rempah ratus dalam bentuk tomato dan sedikit cili.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 4 people

Ingredients
  

Bahan Teras

  • 500 gram beras basmati (basuh dan rendam selama 20 minit)
  • 1 kg kambing 1 ekor ayam
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji cili hijau besar
  • 1 biji tomato dihaluskan
  • 1 sudu kecil pes tomato
  • 1500 ml air masak
  • secukupnya minyak sapi
  • secukupnya sup ayam blok
  • secukupnya garam

Bahan Rempah Serbuk

  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 3 sudu kecil serbuk jintan
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan Rempah Ratus

  • 3 biji cengkih
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 2 helai daun waradah
  • 1 biji limau aswat
  • 5 biji kelabet

Bahan Hiasan

  • secukupnya kismis kuning
  • secukupnya hirisan lemon
  • secukupnya hirisan bawang besar
  • secukupnya kacang secukup rasa

Instructions
 

  • Cincang bawang besar dan bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kisar dan rempah cemplung, kemudian tumis sebentar hingga naik bau.
  • Masukkan tomato tumbuk dan pes tomato. Tumis hingga naik rempah wangi dan keluar bau tomato.
  • Kemudian masukkan daging kambing/ayam, kemudian tumis sebentar bersama rempah hingga daging bertukar warna.
  • Siram dengan air mendidih dan masukkan pati ayam secukup rasa, serta garam. Masak hingga empuk.
  • Selepas daging empuk, keluarkan daging dan simpan bertutup supaya tidak keras.
  • Kemudian masukkan baki air rebusan daging ke dalam kuali anti-stick. Didihkan, sesuaikan perasa dan masukkan cili hijau besar.
  • Masukkan beras basmati yang telah direndam dan telah dibasuh ke dalam air rebusan perasa yang mendidih.
  • Laraskan jumlah air untuk memasak nasi (1 buku jari di atas permukaan nasi). Kemudian tutup periuk dengan ketat dan masak nasi dengan api yang sangat perlahan selama kira-kira 5-10 minit sehingga nasi masak.
  • Selepas nasi masak, buka sebentar periuk untuk keluarkan udara panas. Kemudian tutup semula periuk.
  • Sediakan daging yang telah dimasak dan kemudian oven atau panggang sebentar sehingga daging/ayam sedikit garing dan naik bau. Jika suka, boleh tambah sedikit serbuk lada sulah.
  • Kemudian tuangkan nasi di atas pinggan/dulang, taburkan bahan hiasan kemudian masukkan daging yang telah dibakar ke dalam ketuhar atau grill di atas nasi kabsah.
  • Nikmati nasi kabsah selagi hangat dengan Salatah Khudar dan Dakous (sos cili jalatos).
Keyword nasi arab kabsah, nasi kabsah
Tried this recipe?Let us know how it was!