Go Back
+ servings
udang sos mentega

Udang Sos Mentega

Udang dengan sos mentega adalah antara menu kegemaran suami sejak kecil. Dia peminat tegar udang, terutamanya yang direbus dalam sos mentega.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 25 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 12 Biji Udang gergasi (Pilih yang segar)
  • Secukupnya Marjerin Untuk menumis
  • Secukupnya Daun bawang Yang dihiris

Bahan Sos (Gaul Sebati)

  • 2 Sudu kecil Sos tiram
  • 1 Sudu kecil Kicap Inggeris
  • 2 Sudu kecil Kicap manis
  • 1 Sudu besar Sos tomato
  • 3 Sudu besar Air
  • Secukupnya Lada sulah Mengikut rasa
  • Secukupnya Gula Mengikut rasa
  • Secukupnya Garam Mengikut rasa

Perencah Tumis

  • 1 Ulas Bawang besar (Bombay) Saiz kecil
  • 1 ulas Bawang putih Ditumbuk

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Sediakan bahan-bahan
  • Bersihkan udang, potong kepala, potong belakang kemudian sapukan dengan limau nipis. Goreng sekejap sehingga bertukar warna. Kemudian ketepikan
  • Panaskan marjerin, tumiskan semua bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan udang, masukkan sosnya. Kemudian ujian rasa. Kacau sekejap, masukkan daun bawang. Kemudian angkat dan hidangkan.
  • Hidangkan suam-suam kuku bersama nasi suam.
  • Bagi yang suka pekat, boleh tambah larutan tepung jagung di bahagian hujung selepas masak.
Keyword Sos mentega, Udang
Tried this recipe?Let us know how it was!