Panggang/Goreng kacang tanah hingga perang. Kemudian kupas kulitnya (kalau tak kupas pun boleh tapi hasilnya tak cantik sebab doh agak gelap)
Selepas kacang dikupas. Kemudian Blender.
Dalam mangkuk lain masukkan tepung, kacang tanah, gula halus, garam, minyak. Uli hingga rata.
Panaskan ketuhar dengan api perlahan dan lumurkan sedikit loyang dengan marjerin.
Sediakan plastik agak lebar. Ambil doh secukupnya. Kemudian gulungkan lebar dengan ketebalan 1/2 cm. Kemudian cetak.
Susun dalam loyang. Sapu dengan gris.
Bakar selama 30 minit atau sehingga masak, dengan api perlahan.
Biarkan sejuk di atas loyang. Setelah sejuk, simpan dalam balang.
Sedia untuk dihidangkan. Semoga berjaya.