Go Back
+ servings
kek lapis tepung beras

Kek Lapis Tepung Beras

Kek lapis ini antara kek kegemaran ramai, dan menjadi kek wajib ada semasa hari raya. Cara membuatnya yang mudah itulah sebab orang ramai lebih gemar membuat kuih jenis ini.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 40 minutes
Course Dessert
Cuisine Chinese
Servings 4

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 200 Gram Tepung beras
  • 100 Gram Tepung ubi kayu
  • 150 Gram Gula
  • 700 ml Santan
  • ¼ Sudu kecil Garam
  • 1 Sudu besar Serbuk koko
  • ½ Sudu kecil Pes coklat

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Masak santan sekejap. Kemudian sejukkan.
  • Masukkan tepung beras, tepung ubi kayu, gula, garam dalam mangkuk yang agak besar. Tuangkan santan, gaul rata dengan whisk, pastikan tiada tepung yang berketul.
  • Bahagikan doh kepada 2. Biarkan satu putih, satu lagi masukkan serbuk koko dan pes coklat.
  • Panaskan kuali pengukus. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak menitis.
  • Tuangkan 2 sudu besar adunan coklat ke dalam loyang yang telah digriskan sebelumnya. Kukus selama 5 minit. Selepas 5 minit tuangkan doh putih, kukus lagi selama 5 minit lagi. Lakukan perkara yang sama sehingga doh habis.
  • Untuk kukus terakhir, kukus selama 15 minit. Setelah masak, biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Potong ikut citarasa... Kek sedia untuk dihidangkan.
Keyword Kek lapis, Tepung beras
Tried this recipe?Let us know how it was!