Go Back
+ servings
keropok lekor

Keropok Lekor

Keropok lekor atau keropok Batang merupakan sejenis makanan tradisional dari pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya di Terengganu yang terkenal. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok ini sebagai makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 1 hour 10 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 4

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 700 Gram Isi Ikan Selayang/Sardin
  • 1 Biji Telur
  • 125 Gram Tepung kanji/Tepung sagu
  • 4 Ulas Bawang putih Ditumbuk
  • 4 Biji Ais batu
  • Secukupnya Garam Secukup rasa
  • Secukupnya Stok Ayam (Chicken Stock)
  • Secukupnya Perencah memasak (Saya guna Ajinomoto) Yang mencukupi (Pilihan)
  • Secukupnya Lada
  • Secukupnya Tepung jagung Untuk tabura

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Sediakan bahan-bahan
  • Blender: Isi ikan + Ais kiub + Telur, Masukkan dalam mangkuk. Masukkan garam + Ajinomoto + Serbuk ayam + Lada sulah, gaul rata. Masukkan pati/sagu, gaul rata.
  • Masukkan bawang putih yang telah dihancurkan, gaul rata dengan spatula. Sediakan dulang/papan pemotong besar, taburkan tepung sagu di atasnya, ambil doh secukupnya, kemudian bentukkan panjang di atas dulang (Panjang dan saiz ikut citarasa, saya buat pendek sikit). Lakukan hingga ke akhir.
  • Didihkan air, rebus keropok sehingga masak. Angkat dan toskan. Biarkan ia mencapai suhu bilik.
  • Panaskan minyak masak secukupnya, potong keropok mengikut citarasa, goreng keropok hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan keropok bersama sos cili botol kegemaran anda.
  • Nota: Hudangan keropok ini boleh dihidangkan terus selepas keropok baru direbus, atau dengan cara digoreng begini.
  • Selamat mencuba
Keyword Keropok, Lekor
Tried this recipe?Let us know how it was!