Go Back
+ servings

Nugget Ayam Lobak Merah

No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour 5 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 5

Ingredients
  

Bahan Utama

  • 600 Gram Dada ayam Tanpa tulang
  • 1 Biji Lobak merah
  • 3 Biji Telur keseluruhan (Saiz besar)
  • 75 Gram Tepung
  • 75 Gram Tepung jagung

Rempah Ratus

  • 1 Biji Bawang besar (Bombay)
  • 3 Ulas Bawang putih
  • 1 Sudu kecil Serbuk lada
  • ½ Sudu besar Garam
  • ½ Sudu kecil Gula

Bahan Perendaman

  • 200 Gram Tepung roti
  • 8 Sudu besar Tepung gandum
  • 250 ml Air masak
  • Secubit Garam

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Sediakan semua bahan. Potong ayam dan lobak merah, bawang besar dan bawang putih. Masukkan ke dalam Chopper (Mesin pencincang), haluskan bahan-bahan tadi.
  • Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah. Masukan Chopper ((Mesin pencincang)) lagi hingga rata.
  • Masukkan tepung dan tepung jagung, gaul rata. Uji rasa. Masukkan gula dan garam jika perlu. Sesuaikan rasa. Sediakan bekas tahan panas. Sapu dengan sedikit minyak. masukkan adunan. Ratakan. Kukus lebih kurang 35-40 minit sehingga masak.
  • Biarkan doh sejuk, boleh simpan dalam peti ais dulu. Kemudian potong ikut citarasa. Buat doh basah terdiri daripada tepung dan sedikit garam dan sedikit air. Jadikan ia tidak terlalu cair atau pekat. Selepas dipotong, masukkan satu persatu ke dalam adunan celup.
  • Canai nuget dalam serbuk roti. Lakukan semuanya sehingga selesai.
  • Nugget Ayam Lobak Merah sedia untuk digoreng.
    Nota: Boleh disimpan dalam bekas di beberapa tempat. Goreng mengikut keperluan.
Keyword Ayam, Lobak merah, Nugget
Tried this recipe?Let us know how it was!