Go Back
+ servings
puding jagung kastard

Puding Jagung Kastard

No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 35 minutes
Course Dessert
Cuisine Chinese
Servings 2

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 2 Biji Jagung manis
  • 150 Gram Tepung (Saya guna jenama Hercules)
  • 150 Gram Gula
  • 3 Sachet Susu Pekat Manis
  • 1 Bungkus Santan (Kandungan 60 ml)
  • 1 Sachet Vanila
  • 1 Liter Air
  • Secubit Garam

Bahan topping

  • Secukupnya Keju parut

Instructions
 

Langkah-langkah

  • Asingkan biji jagung dengan tongkolnya, bolehlah direbus dahulu dan kemudian dikupas. Boleh juga hiris dengan pisau kemudian kikis sisa yang masih melekat pada tongkol jagung sehingga bersih. Kemudian rebus menggunakan 2 cawan air bersih sehingga masak. Angkat ketepikan.
  • Satukan semua bahan dalam periuk, kemudian kacau sehingga tiada ketulan di bahagian bawah kuali. Jika sudah halus, masak dengan api sederhana sambil terus dikacau supaya tidak berketul.
  • Apabila mendidih, kecilkan api. Masukkan rebusan jagung sambil terus dikacau sehingga pekat dan meletup. Cuba kacau sehingga bahagian bawah supaya tidak hangus di bahagian bawah. Kalau rasa letupan tu agak berat. Angkat.
  • Kemudian tuang terus ke dalam bekas. Kena gerak cepat supaya puding tak sejuk dan mengeras. Jika ada, letakkan taburan keju parut di atasnya.
  • Tunggu sejuk. Boleh tutup sahaja. Hidangkan.
Keyword Jagung kastard, Puding
Tried this recipe?Let us know how it was!