Go Back
+ servings
nasi goreng ayam masak kicap pedas

Nasi Goreng Ayam Masak Kicap Pedas

No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 33 minutes
Course Breakfast
Cuisine Chinese
Servings 5

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 3 Mangkuk Nasi masak
  • 1 Keping Dada ayam Basuh bersih
  • 3 Sudu besar Kicap manis
  • 2 Tangkai Serai Bersih dan tumbuk
  • 2 Sudu besar Garam
  • 1 Sudu kecil Gula
  • 1 Sudu kecil Perisa (Saya guna Masako)
  • 200 ml Air Untuk merebus ayam
  • 2 Sudu besar Bawang goreng
  • Secukupnya Minyak masak Untuk menggoreng dan menumis

Bahan Rempah Kisar

  • 4 Ulas Bawang merah
  • 4 Ulas Bawang putih
  • 30 Biji Cili api (Pilihan)
  • 2 Biji Hazelnut
  • 1 Biji Cili merah

Instructions
 

  • Panaskan air hingga mendidih. Masukkan dada ayam yang telah dibasuh. Tutup dan masak sehingga ayam empuk. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak masak. Masukkan ayam yang telah direbus dan di toskan. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan (boleh rebus saja ayam sebab dah masak, saya goreng lagi supaya ayam lebih sedap).
  • Setelah ayam sejuk, carik/hiris ikut citarasa, boleh potong kiub, serong atau lain-lain (saya dihiris sahaja).
  • Setelah ayam dihiris, panaskan lagi minyak, masukkan rempah kisar, tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan serai yang telah geprek/tumbuk. Kacau hingga keluar aroma serai.
  • Kemudian masukkan ayam yang dihiris tadi. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan gula, garam, bahan perasa dan gaul lagi.
  • Masukkan nasi, kacau rata, kemudian masukkan kicap.
  • Kacau hingga sebati. Uji rasa.
  • Akhir sekali masukkan bawang goreng. Kacau kembali.
  • Nasi goreng ayam kicap berempah sedia untuk dihidangkan. Jangan lupa masukkan bahan hiasan semasa menghidang supaya lebih manis dan menarik.
Keyword Ayam, Goreng, Kicap, Masak, Nasi, Pedas
Tried this recipe?Let us know how it was!