Go Back
ayam panggang madu

Ayam Panggang Madu

Ayam madu ni manis masin, memang sedap.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 50 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 500 Gram Ayam
  • 1 Biji Limau nipis
  • 2 Helai Daun limau purut
  • 2 Helai Daun salam
  • 2 Sudu besar Sos tiram
  • 3 Sudu besar Madu
  • 2 Sudu besar Kicap manis
  • 1 Sudu besar Gula merah (Disisir)
  • 1 Sudu kecil Garam Secukup rasa
  • 1 Sudu kecil Air rebusan cendawan (kaldu cendawan) Boleh guna perasa lain juga
  • 2 Sudu besar Air asam jawa (Boleh skip)
  • 1 Mangkuk Air
  • Secukupnya Minyak masak (Untuk menumis)

Bahan Rempah Kisar

  • 4 Ulas Bawang putih
  • 6 Ulas Bawang merah
  • ¼ Sudu kecil Serbuk lada sulah
  • ¼ Sudu kecil Serbuk halia
  • ½ Sudu kecil Serbuk ketumbar

Instructions
 

  • Potong ayam kepada beberapa bahagian. Sapukan dengan limau nipis, biarkan selama beberapa minit kemudian basuh.
  • Panaskan minyak/marjerin, tumis bahan kisar. Masukkan daun limau purut dan daun salam, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan ayam, kacau sebati.
  • Masukkan air, sos tiram, madu, gula merah, kicap, garam, serbuk rebusan dan air asam jawa. Kacau rata, kemudian uji rasa.
  • Masak hingga air surut dan rempah meresap (jangan terlalu kering, tinggalkan sedikit perasa untuk perapan semasa memanggang ayam).
  • Ayam panggang. Sesekali putar dan lumurkan dengan rempah ratus.
  • Angkat dan hidangkan bersama sambal dan sayur-sayuran segar.
Keyword Ayam, Madu, Panggang
Tried this recipe?Let us know how it was!