Go Back
binka telur pandan

Binka Telur Pandan

No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 43 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 4 Biji Telur itik atau telur ayam (Saya guna telur ayam)
  • 8 Sudu besar Gula (Paras kemanisan mengikut citarasa)
  • 65 ml Santan + 250 ml air (Didih hingga mendidih), tutup api
  • ¼ Sudu kecil Garam
  • ½ Sudu kecil Serbuk esen vanilla
  • 2 Sudu besar Tepung protein sederhana atau rendah
  • 2-3 Titik Pes pandan (Boleh juga 50 ml mendapan air pandan)

Instructions
 

  • Panaskan pengukus. Sediakan loyang yang telah dialas plastik dan digris dengan minyak masak di atasnya. Ketepikan kuali.
  • Dalam mangkuk, masukkan telur & gula. Kacau sehingga berbuih & gula larut menggunakan belon wiski.
  • Masukkan santan yang telah disejukkan pada suhu bilik, masukkan garam & esen pandan. kacau sekali lagi.
  • Masukkan tepung dan serbuk esen vanilla. Kacau lagi hingga tiada berketul (ayak jika perlu). Tuang ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik & minyak tadi.
  • Kukus lebih kurang 20-30 minit. Dengan penutup periuk dibalut dengan serbet terlebih dahulu untuk mengelakkan air menitis pada kek, kerana nanti teksturnya kurang cantik. Jika ia telah mengeras angkat. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Kek binka sedia untuk dihidangkan.
Keyword Binka, Pandan, Telur
Tried this recipe?Let us know how it was!