Go Back
+ servings
resepi gulai lemak udang bayam brazil

Gulai Lemak Udang Bayam Brazil

Bagi anda yang masih keliru, boleh masukkan kari udang ke dalam senarai menu anda. Selain mempunyai rasa yang enak, udang juga mengandungi banyak khasiat untuk tubuh. Tidak kurang enaknya berbanding udang rangup yang diproses, kari udang juga membuatkan anda makan dengan lebih lahap.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 20 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 3 people

Ingredients
  

Bahan Udang

  • 15 ekor udang
  • 200 gram bayam Brazil
  • 500 ml santan
  • 1 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • secukupnya garam
  • secukupnya gula
  • secukupnya air

Bahan Kisar

  • 15 biji cili padi
  • 2 inci kunyit

Instructions
 

  • Kisar cili padi dan kunyit hingga halus. Masukkan ke dalam periuk dengan sedikit air. Kemudian masukkan daun kunyit. Biarkan mendidih.
  • Selepas itu, masukkan hirisan asam keping dan udang. Biarkan seketika kemudian masukkan santan. Kacau rata dan masak sehingga mendidih. Perasakan.
  • Akhir sekali, apabila udang telah masak, masukkan bayam Brazil. Biarkan seketika. Kacau rata dan tutup api.
  • Sedia dihidangkan.
Keyword gulai lemak udang, gulai lemak udang bayam brazil
Tried this recipe?Let us know how it was!