Go Back
+ servings
resepi chicken teriyaki

Chicken Teriyaki

Ayam teriyaki sangat sesuai dijadikan menu bento atau makan tengah hari yang dihidangkan bersama nasi dan sayur rebus.
5 from 1 vote
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Japanese
Servings 4 people

Ingredients
  

Bahan Teras

  • 500 gram dada ayam fillet
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar marjerin

Bahan Perencah Perap

  • 4 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan

Instructions
 

  • Potong ayam kecil-kecil mengikut citarasa anda.
  • Masukkan ayam ke dalam mangkuk dan campurkan semua bahan perencah perap.
  • Masukkan bawang putih parut dan kacau sehingga sekata kemudian simpan ayam di dalam peti sejuk 1-2 jam.
  • Hiris bawang besar dan kisar bawang putih.
  • Panaskan minyak masak dan masukkan marjerin untuk menumis masukkan bawang putih yang dihiris.
  • Masukkan ayam yang telah diperap dan kacau sentiasa hingga keluar air kemudian betulkan rasa selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris.
  • Kacau sehingga sekata dan chicken teriyaki sedia untuk dimakan.
Keyword ayam teriyaki, chicken teriyaki
Tried this recipe?Let us know how it was!