Go Back
+ servings
Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Hari ini kita buat kerabu mangga, ia sedap di buat sebagai ulam dan di makan bersama nasi. Ia pengganti kepada sambal belacan kerana kerabu ini sudah ada rasa pedas, masam dan manis seperti sambal belacan. 
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 7 minutes
Course Side Dish
Cuisine Thailand
Servings 4 Orang

Ingredients
  

  • 3 biji mangga separuh masak saiz sederhana dihiris panjang dan di parut
  • 3 biji bawang merah dihiris nipis
  • 1 batang serai dihiris halus
  • 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
  • 3 batang cili api dihiris
  • 3 sudu besar udang kering di sangai dan di tumbuk kasar
  • 3 sudu besar kacang tanah di sangai dan di tumbuk kasar
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu besar gula pasir
  • secukupnya daun ketumbar

Instructions
 

  • Sangai udang kering dan kacang tanah hingga agak garing. Kemudian tumbuk kasar.
  • Satukan mangga bersama bawang, serai, bunga kantan, cili dan udang kering. Kacau rata.
  • Masukkan sos ikan dan gula, kacau lagi
  • Campur daun ketumbar dan perah limau, kacau sebati. Akhir sekali tabur kacang tanah.
  • Sedia di hidangkan.
Keyword Kerabu, Mangga
Tried this recipe?Let us know how it was!