Go Back
+ servings
resepi victoria cake

Victoria Cake

Victoria Cake buat untuk minum petang tadi.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 45 minutes
Course Dessert
Cuisine American
Servings 7 Orang

Ingredients
  

Bahan kek

  • 175 gram tepung naik sendiri diayak
  • 175 gram butter
  • 100 gram gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 biji telur

Bahan Hiasan

  • 150 gram whipping cream
  • 100 gram jem strawberi
  • 1 sudu kecil icing sugar
  • 7 biji strawberi dihiris nipis

Instructions
 

  • Pukul butter, vanila dan gula hingga kembang dan berkrim.
  • Masukkn telur sebiji demi sebiji hingga adunan elok sebati.
  • Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi licin.
  • Gris dan alas 2 buah loyang 7inc dengan baking paper.
  • Bahagikan adunan sama banyak dikedua dua loyang, hentak hentak sedikit loyang supaya adunan sama rata.
  • Susun hirisan strawberi diatas 1 adunan kek sahaja. Manakala 1 lagi dibiarkan kosong untuk bahagian bawah.
  • Panaskan oven pada suhu 180°C (160°C fan).
  • Bakar selama 25-30min hingga perang, atau kek elok masak dengan memasukkan cake tester / lidi
  • Sejukkan loyang diatas rak dawai hingga kek boleh dikeluarkan dari loyang.
  • Untuk menghias kek pukul whipping cream hingga soft peak dan sapukan pada permukaan kek yang kosong.
  • Sudukan pula jem strawberi dan susun baki hirisan stroberi diatasnya.
  • Akhir sekali letakkan kek yang ada lapisan strawberi diatasnya. Taburkan snow powder sebelum menghidang.
  • Siap dihidangkan.
Keyword Victoria Cake
Tried this recipe?Let us know how it was!