Go Back
+ servings
nasi minyak

Nasi Minyak

Nasi minyak sesuai makan dengan gulai, ayam masak merah, lawan plak dengan acar.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour 15 minutes
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 1

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 500 gram nasi
  • 350 ml air
  • 350 ml susu cair
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji nanas saiz sederhana
  • 2 biji tomato cincang halus
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar minyak masak
  • secukupnya garam
  • secukupnya gula
  • secukupnya serbuk perasa jamur

Rempah Kisar

  • 25 gram bawang merah
  • 20 gram bawang putih
  • 10 gram halia

Rempah

  • 3 biji cengkeh
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 cm kayu manis

Bahan Sampingan

  • secukupnya malbi
  • secukupnya sos nenas
  • secukupnya bawang goreng
  • secukupnya kerepek

Instructions
 

  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan rempah kisar dan rempah ratus, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan tomato. Masak hingga layu. Seterusnya, masukkan nenas. Kacau rata, masak hingga masak.
  • Kemudian tuangkan air dan susu cair. Masak hingga mendidih. Masukkan nasi. Kacau/aron sehingga air kering.
  • Selepas air kering, masukkan minyak sapi/marjerin dan kismis. Gaul sebati. Kemudian, panaskan pengukus dan kukus nasi selama lebih kurang 1 jam.
  • Sajikan nasi minyak bersama bahan sampingan.
Keyword minyak, Nasi
Tried this recipe?Let us know how it was!