Go Back
+ servings
Pizza Simple

Pizza Simple

Saya menggunakan bahan yang ada untuk menghasilkan pizza. Sebenarnya pizza sangat mudah dan kita boleh pelbagaikan rasa bergantung kepada apa yang ada.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 15 minutes
Course Appetizer
Cuisine American
Servings 5 Orang

Ingredients
  

  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil pelembut roti

Bahan Topping

  • secukupnya sos tomato
  • 3 biji sosej dipotong
  • 1 biji bawang holland dipotong
  • 1 buah tomato
  • secukupnya mozarella cheese
  • secukupnya oregano

Instructions
 

  • Sediakan kesemua bahan dan mulakan dengan doh pizza.
  • Saya menggunakan bread maker jadi semua bahan di masukkan ke dalam bread maker dan diuli menggunakan function doh. Jika anda menggunakan tangan masukkan air sedikit2 dahulu semasa proses mengguli. Apabila doh terjadi licin, rehatkan doh dengan ditutupi kain sehingga doh naik sekali ganda. Masa yg diambil biasa 30 minit.
  • Selepas 30 minit tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Adunan ni membolehkan kita mendapat 2 doh pizza yg bersaiz 8 atau 6 inci loyang. Jadi bahagi 2.
  • Canaikan bulat mengikut saiz loyang dan cucuk menggunkan garpu seperti didalam gambar. Kemudian boleh la di bakar sekejap doh dalam masa 8 ke 10 minit menggunakan suhu 170°C. kepanasan atas dan bawah.
  • Doh yang telah dibakar boleh di simpan sebagai stock. Atau jika anda ingin terus menikmatinya. Teruskan sapu sos tomato atau apa2 sos yg ada diatas permukaan pizza dan tabur bahan2 topping ikut kesesuaian rasa. Kemudian boleh la di bakar menggunakan kepanasan atas sahaja selama 7 ke 10 minit suhu 180°C mengikut oven memasing.
Keyword Pizza, Simple
Tried this recipe?Let us know how it was!