Go Back
+ servings
dendeng daging

Dendeng Daging Sedap

Salah satu hidangan kegemaran keluarga ialah dendeng daging (lembu). Lebih-lebih lagi bila tiba hari raya, memang kena masak menu ni.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 1 hour 40 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 10

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • ½ Kg Daging lembu
  • ½ Biji Kelapa (Parut panjang).
  • 8 Ulas Bawang merah
  • 4 Ulas Bawang putih
  • 6 Biji Cili merah besar
  • 2 Cm Kunyit
  • 1 Sudu kecil Ketumbar
  • 1 Sudu kecil Jintan manis
  • 100 Gram Gula jawa/gula merah
  • 3 Cm Lengkuas Ditumbuk.
  • 1 Tangkai Serai Ditumbuk.
  • 2 Helai Daun limau purut
  • 2 Helai Daun bay (daun salam)
  • 1 Sudu kecil Vetsin

Instructions
 

  • Haluskan rempah dalam pengisar kecuali lengkuas, serai, daun limau dan daun salam.
  • Panaskan minyak, masukkan rempah yang telah dikisar bersama serai, daun limau purut dan daun salam.
  • Masukkan garam, vetsin dan bila dah naik bau masukkan gula merah dan tunggu sehingga menjadi karamel.
  • Selepas itu masukkan kepingan daging kemudian kacau, masukkan air untuk mendidihkan daging bersama bahan perapan.
  • Masukkan air jika rasa daging masih belum empuk, teruskan buat sehingga daging empuk dan airnya berkurangan.
  • Setelah daging empuk dan air menyusut, masukkan kelapa parut, kacau sentiasa sehingga kelapa parut masak dan kering seperti serundeng.
  • Sambil mengacau jangan lupa uji rasa.
  • Selesai dan sedia untuk dihidangkan.
Keyword Daging, Dendeng
Tried this recipe?Let us know how it was!