Go Back
+ servings
resepi kuih kasturi kacang hijau

Kuih Kasturi Kacang Hijau

Kuih Kasturi adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada rebusan kacang hijau yang sudah empuk dan lembut. Kuih ini sangat sedap kerana tekstur nya yang rangup diluar dan lembut manis di dalamnya.
No ratings yet
Prep Time 3 hours
Cook Time 45 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 4 people

Ingredients
  

Kuih Kasturi

  • 2 cawan kacang hijau rendam di dalam air selama 3 jam
  • secukupnya air untuk rebus kacang
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan kelapa parut
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam

Salutan

  • ¾ cawan air
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Instructions
 

  • Rebus kacang hijau dan air hingga lembut.
  • Setelah air agak kering, masukkan gula, garam, tepung, dan kelapa parut.
  • Kacau terus sehingga kering tetapi kacang hijau masih agak lembut
  • Bulat-bulatkan adunan dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
  • Satukan semua bahan salutan. Pastikan bancuhan tak terlalu pekat dan terlalu cair
  • Celup kuih ke dalam bancuhan salutan dan goreng di dalam minyak yang panas hingga keemasan. Buat serdaknya sekali, baru lagi sedap.
  • Sedia di hidangkan panas-panas.
Keyword kuih kacang hijau, kuih kasturi, kuih kasturi kacang hijau
Tried this recipe?Let us know how it was!