Go Back
+ servings
resepi nasi bukhari ayam

Nasi Bukhari Ayam

Salah satu ciptaan nasi bukhari yang sedap dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 1 hour
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 4 people

Ingredients
  

  • 500 gram beras basmati
  • 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
  • liter air
  • 1 helai daun salam
  • 4 helai daun limau
  • 1 biji bawang besar dipotong panjang
  • 4 ulas bawang putih dicincang kasar
  • 1 biji tomato dihaluskan
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 60 ml minyak sayur untuk menumis

Bahan Rempah

  • 10 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis
  • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 4 biji cengkih
  • 2 sudu kecil serbuk jintan

Bahan Taburan

  • 100 gram kismis

Instructions
 

  • Panaskan minyak dalam kuali non-stick, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga naik bau, kemudian masukkan daun salam dan daun limau purut kemudian masukkan tomato cincang dan pes tomato, kacau rata.
  • Masukkan rempah, garam dan gula, kacau hingga naik bau kemudian masukkan ayam, kacau sekejap, masukkan air panas, biarkan masak hingga ayam masak, kacau sekali sekala supaya tidak hangus. Selepas ayam masak, keluarkan, pindahkan ke dalam loyang dan kemudian bakar dalam ketuhar supaya kuah mengecut.
  • Kemudian masukkan nasi ke dalam sos perasa (yang sedang mendidih) dan 2 sudu besar kismis, kacau rata. Tutup kuali. Kecilkan api.
  • Biarkan selama kira-kira 30 minit sehingga air berkurangan, kacau sekali-sekala supaya tidak hangus.
  • Setelah masak, barulah masukkan ayam bakar, taburkan baki kismis. Kemudian tutup semula kuali sehingga tiba masa untuk dihidangkan.
  • Pindahkan ke bekas yang luas. Hidangkan panas/suam.
Keyword nasi bukhari ayam
Tried this recipe?Let us know how it was!