Go Back
+ servings
resepi kerabu udang

Kerabu Udang

Salah satu menu olahan kerabu yang sedap dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Thailand
Servings 3 people

Ingredients
  

  • 10 ekor udang yang telah dibuang kulit, dikelar dan direbus
  • secukup rasa suhun yang telah lembut
  • 2 biji limau nipis ambil air perahannya
  • 1 biji tomato yang telah dipotong halus (potong kepada anggaran 8 bahagian dan dibuang biji)
  • secukup rasa daun ketumbar hiris
  • ½ biji bawang besar hiris
  • 6 biji cili padi yang telah dihiris ataupun ditumbuk kasar
  • ½ batang timun yang telah disagat
  • ½ batang lobak merah yang telah disagat
  • 1 kuntum bunga kantan dihiris
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • ½ sudu besar serbuk cili kasar
  • 2 sudu besar kicap sotong
  • 1 sudu besar gula pasir

Instructions
 

  • Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan suhun. Rebus suhun dalam air mendidih seketika sehingga suhun menjadi lembut. Angkat dan toskan.
  • Rebuskan udang yang telah dibersihkan ke dalam air yang mendidih sebentar tadi. Rebus dalam anggaran 1-2 minit sahaja. Jangan terlebih rebus kerana nanti udang akan menjadi kecut, keras dan liat.
  • Dalam mangkuk yang kecil, satukan kicap sotong, gula, air perahan limau nipis, bawang putih yang dicincang halus, cili padi yang telah dihiris ataupun ditumbuk kasar dan serbuk cili kasar. Gaulkan supaya bahan-bahan sebati dan sekata. Anda boleh rasa terlebih dahulu dan baiki rasa masam, masin, manis dan pedas ikut citarasa anda.
  • Akhir sekali, di dalam mangkuk yang besar, satukan bahan-bahan seperti udang rebus, suhun rebus, hirisan tomato, hirisan daun ketumbar, hirisan bawang besar, hirisan timun, hirisan lobak merah, hirisan bunga kantan dan sos perasa. Gaulkan sehingga sebati semua bahan-bahan.
Keyword kerabu udang
Tried this recipe?Let us know how it was!