Go Back
+ servings
resepi nasi briyani bukhara

Nasi Briyani Bukhara

Antara ciptaan nasi briyani tipikal bukhara yang sedap dan menyelerakan.
No ratings yet
Prep Time 30 minutes
Cook Time 1 hour
Course Main Course
Cuisine Indian
Servings 6 people

Ingredients
  

  • 500 gram beras basmati basuh dan rendam selama 30 minit
  • 1 ekor ayam potong menjadi 4 bahagian
  • liter air panas
  • 1 ruas daun kari/daun salam
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1 biji tomato dikisar halus
  • 2 biji lobak merah parut/cincang halus
  • secukup rasa garam
  • secukup rasa gula
  • secukup rasa minyak masak

Rempah

  • 10 biji buah pelaga
  • 2 keping kayu manis
  • 2 sudu kecil ketumbar
  • 2 sudu kecil jintan
  • 4 biji cengkih

Pelengkap

  • secukup rasa kismis

Instructions
 

  • Hiris bawang besar memanjang, kemudian cincang halus bawang putih.
  • Panaskan minyak dalam teflon. Kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang sedikit hangus dan keperangan.
  • Kemudian masukkan daun kari atau daun salam, tumis sebentar. Masukkan tomato tumbuk dan pes tomato dan tumis sebentar.
  • Kemudian masukkan lobak merah parut seperti keju. Tumis hingga naik bau.
  • Setelah rempah masak dan naik bau, masukkan rempah dan tumis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan ayam yang telah dibersihkan. Masak hingga ayam bertukar warna.
  • Kemudian masukkan air panas, masukkan garam atau boleh tambah perasa. Masak sehingga ayam empuk dengan api perlahan.
  • Setelah ayam masak, keluarkan, toskan, dan ketepikan ayam dalam pinggan.
  • Masukkan beras basmati ke dalam kuah yang mendidih.
  • Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak (sukatan beras dan air 1 buku jari di atas permukaan beras). Semasa memasak nasi, jangan kerap kacau supaya nasi tidak hancur. Boleh juga dimasak menggunakan periuk nasi.
  • Sementara menunggu nasi masak, masukkan ayam ke dalam ketuhar atau boleh dibakar di atas panggangan kuali.
  • Setelah nasi masak, letak atas dulang penampi kemudian hiaskan dengan kismis dan sedikit lobak merah parut.
  • Masukkan hirisan limau nipis dan cili hijau untuk hiasan.
  • Kemudian letakkan daging ayam yang telah dibakar/digoreng/dibakar di atasnya.
Keyword nasi briyani bukhara
Tried this recipe?Let us know how it was!