Go Back
+ servings
resepi ayam masak madu

Ayam Masak Madu

Antara menu ciptaan ayam yang sedap dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

  • ½ ekor ayam
  • 2 sudu besar madu
  • secukup rasa minyak masak

Rempah Kisar

  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan
  • 2 biji kemiri
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • secukup rasa garam
  • secukup rasa perasa
  • 1 sudu besar gula perang

Instructions
 

  • Langkah pertama, potong ayam kepada beberapa bahagian, kemudian bersihkan dan kemudian basuh hingga bersih dan toskan.
  • Langkah kedua haluskan ketumbar, bawang putih, jintan manis, bawang merah, gula merah, kemiri, garam dan perasa hingga betul-betul sebati, kemudian gaulkan dengan lada kisar, kacau rata.
  • Langkah ketiga, campurkan rempah kisar bersama madu, kemudian kacau hingga sebati.
  • Sapukan campuran rempah ratus dan madu pada daging ayam sehingga sekata, sambil ayam diuli. Selepas itu, biarkan ia berehat lebih kurang 45 minit.
  • Akhir sekali, setelah dibiarkan selama lebih kurang 45 minit, panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ayam sehingga masak dan kekuningan. Selepas itu angkat, toskan dan ayam masak madu buatan sendiri anda sedia untuk dihidangkan.
Keyword ayam masak madu
Tried this recipe?Let us know how it was!