Go Back
Burger Malaysia

Burger Malaysia

Ada la saya cuba buat kerana tak jumpa pau sambal yang sambalnya manis pedas. 1st time saya buat, kali ni saya cuba akhirnya jadi la pau yang gebu.
No ratings yet
Prep Time 30 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Dessert
Cuisine Melayu

Ingredients
  

Bahan Burger

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar shortening
  • 50 gram buttercup
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 12 gram yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 200 ml air suam

Bahan Sambal

  • 1 cawan cili kering kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili besar
  • 1 cawan ikan bilis
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar air asam jawa

Bahan Tambahan

  • 2 biji timun
  • 4 buah tomato
  • salad

Instructions
 

  • Masukan yis dan gula pada air suam. Biarkan 5 minit hingga naik berbuih
  • Masukan Shortening dan buttercup kacau hingga sebati, kemudian masukan tepung gandum dan telor uli hingga terbentuk.
  • Tutup dengan tuala bagi doh naik 2x ganda 30 minit. Dah naik tumbuk doh bagi kluar angin.
  • Uli doh bulatkan anggaran 30 gram. Terus goreng api kecil. Tos atas tisu. Kemudian potong tengah pau untuk isi sambal.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih naik wangi, masuk cili blender dan ikan bilis. Masak hingga pekat tambah garam dan air asam jawa.
  • Pau yang sudah belah tadi isi sambal, timun dan salad.
Keyword Burger, Malaysia
Tried this recipe?Let us know how it was!