Go Back
+ servings
resepi kek karamel pelangi

Kek Karamel Pelangi

Kek karamel yang sedap dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour 30 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

  • 5 biji telur ayam
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak jagung/minyak masak
  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • secukup rasa pewarna makanan

Instructions
 

  • Mula-mula, masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan dan blender hingga semua sebati bercampur elok dan warna menjadi putih gebu.
  • Seterusnya, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dalam bekas. Satu bahagian warna asal, warna lain ikut pilihan anda.
  • Kemudian, cucuk permukaan puding karamel yang telah suam dengan garpu. Ini untuk bolehkan kek melekat elok dengan puding nanti.
  • Seterusnya, masukkan secara berselang seli setiap adunan ikut kreativiti anda. Sambung kukus selama 60 minit jika anda gunakan loyang 8/9. Kalau gunakan loyang saiz 5/6. cukup 30-35 minit sahaja.
    Jangan lupa balut penutup pengukus untuk elak air menitik dan gunakan api sederhana kecil sahaja untuk elakkan daripada kek karamel anda berombang/tak cantik.
  • Akhir sekali, bila dah siap kukus, biarkan suam dan terbalikkan kek. Jangan tunggu sejuk nanti lapisan gula mengeras dan buatkan kek menjadi lekat pada dasar loyang.
Keyword kek karamel pelangi
Tried this recipe?Let us know how it was!