Go Back
+ servings
resepi nasi ayam simple

Nasi Ayam Simple

Nasi ayam simple sangat sesuai untuk hidangan istimewa untuk keluarga dan rakan-rakan, selain sedap dan lazat, cara membuat nasi ayam simple juga agak mudah.
No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 1 hour
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 3

Ingredients
  

Ramuan

  • ½ ekor ayam
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih ditumbuk
  • ½ biji bawang merah dihiris
  • secukupnya air
  • secukupnya minyak

Bahan Sup

  • secukupnya air rebusan ayam
  • secukupnya bawang goreng
  • secukupnya daun sup
  • 1 kiub ayam

Bahan Nasi

  • 3 cup beras
  • secukupnya bawang putih ditumbuk
  • secukupnya halia ditumbuk
  • secukupnya marjerin/minyak
  • secukupnya kunyit
  • 1 kiub ayam atau perasa

Bahan Perapan Ayam

  • 1 ekor ayam yang sudah direbus
  • secukupnya sos tiram
  • secukupnya kicap manis
  • secukupnya madu
  • secukupnya perasa/garam

Bahan Kuah Hitam

  • secukupnya kuah perapan ayam
  • 1 sudu besar sambal kicap jika suka pedas

Bahan Sambal Merah

  • 4 ulas bawang putih
  • secukupnya cili padi bersesuaian kepedasan masing-masing
  • 2 biji limau kasturi ambil air perahan dan kulitnya sekali
  • secukupnya air rebusan ayam
  • secukupnya perasa/garam/gula

Bahan Hiasan

  • secukupnya timun
  • secukupnya tomato
  • secukupnya daun salad

Instructions
 

  • Masukkan sedikit minyak, bawang merah dan bahan tumbuk, sehingga wangi. Selepas bebawang layu, masukkan ayam, tutup sekejap. Kemudian, masukkan air. Renehkan hingga mendidih.
  • Selepas itu, keluarkan ayam ke dalam bekas lain. Masukkan dan gaul dengan bahan perap. Perap minimum setengah jam. Lepas perap, boleh goreng.
  • Tumiskan bahan tumbuk (bawang putih + halia), selepas agak wangi dan sedikit garing masukkan beras, tumis sekejap. Baru masukkan air rebusan ayam dan perasa secukupnya, bergantung kepada jenis beras masing2. Tanak sehingga nasi masak.
  • Blendkan semua bahan sambal merah, kemudian masak sebentar atas api. Sesuaikan rasa.
  • Kuah perapan ayam tadi, masak atas api sekejap. Jika suka pedas, boleh tambahkan sesudu sambl kicap.
  • Kemudian, air rebusan yang tinggal kita masukkan kiub ayam, bawang goreng dan daun sup.
  • Sedia untuk dihidang.
Keyword nasi ayam, nasi ayam mudah, nasi ayam simple
Tried this recipe?Let us know how it was!