Go Back
+ servings
ayam goreng korea

Ayam Goreng Korea

Bosan dengan menu ayam yang biasa-biasa? Cuba buat menu ala Korea, yang manis dan rangupnya memang sedap.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 1 hour
Course Main Course
Cuisine Korean
Servings 4

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • ½ Kg Sayap ayam Dipotong 2 bahagian.
  • 4 Sudu besar Tepung gandum
  • 1 Sudu besar Tepung beras (Optional).
  • 1 Sudu besar Tepung jagung
  • 1 Sudu kecil Soda penaik (baking soda)
  • 3 Ulas Bawang putih Cincang.
  • 2 Sudu besar Sos tomato
  • 1 Sudu besar Sos tiram
  • 4 Sudu besar Sos cili
  • 2 Sudu besar Madu
  • 1 Sudu kecil Cuka masak/air limau nipis
  • Secukupnya Lada
  • Secukupnya Garam
  • Secukupnya Gula pasir

Instructions
 

  • Bersihkan ayam dan toskan, masukkan sedikit garam, lada sulah dan tepung jagung secukup rasa, gaul rata dan biarkan meresap. Masukkan ke dalam peti ais 30 minit.
  • Dalam mangkuk yang berasingan, campurkan tepung, tepung beras, tepung jagung, baking soda, garam, dan lada sulah, kacau sehingga sekata.
  • Selepas lebih kurang 30 minit, celupkan ayam ke dalam adunan tepung, uli ayam sehingga tepung menutupi keseluruhan bahagian luar ayam. Ayam tepung hendaklah kering, tidak basah seperti doh. Sekiranya masih basah, masukkan tepung.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah panas, masukkan tepung ayam dengan api sederhana-perlahan supaya bahagian dalamnya masak sepenuhnya. Jangan terlalu lama, jika sudah agak kekuningan angkat dan toskan.
  • Goreng semula ayam yang telah di toskan, goreng dengan api sederhana hingga keluar warna keemasan dan terasa kering dan rangup. Kemudian angkat dan toskan.
  • Sementara menunggu ayam goreng kedua kering, dalam kuali berasingan, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan sos tomato, sos tiram, sos cili, madu, lada sulah, gula + garam (sedikit sahaja kerana sos tiram & madu sudah ada) gaul sebati. Akhir sekali masukkan cuka atau perahan limau nipis. Jika mahu lebih sedap, masukkan 1 sudu kecil minyak bijan. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng dua kali tadi ke dalam sos. Kacau sekejap dan keluarkan. Hidangkan selagi hangat.
Keyword Ayam, Goreng, Korea
Tried this recipe?Let us know how it was!