Go Back
+ servings
bubur nasi ayam

Bubur Nasi Ayam

Resepi Bubur Nasi Ayam kali ini saya cuba menggunakan lebihan nasi kukus semalam yang selalunya hanya dibuat nasi goreng sahaja. Toppingnya menggunakan cakwe, ayam yang telah dicincang.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Breakfast
Cuisine Chinese
Servings 6

Ingredients
  

Bahan-bahan

  • 350 Gram Nasi putih
  • 100 Gram Daging ayam (Yang telah dikisar).
  • 1 Liter Air rebusan (kaldu)
  • 4 Ulas Bawang putih Dihiris halus.
  • 1 Tangkai Daun bawang Dihiris.
  • 1 Sudu besar Minyak masak Untuk menggoreng.
  • 1 Sudu besar Minyak bijan
  • 1 Sudu besar Kicap masin
  • Secukupnya Garam
  • Secukupnya Gula pasir
  • Secukupnya Lada sulah

Bahan Untuk Ditaburkan

  • 1 Biji Cakwe Hiris nipis.
  • 1 Sudu besar Bawang goreng
  • 1 Sudu besar Saderi Dihiris.

Instructions
 

  • Panaskan kuali. Tuangkan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging, tumis hingga bertukar warna, masukkan air rebusan, masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras, masak sehingga mendidih dan masak sehingga pekat dan nasi menjadi bubur, kacau sentiasa. Masukkan kicap, garam, gula dan lada sulah. uji rasa. Kemudian masukkan daun bawang dan minyak bijan sekejap untuk keluarkan.
  • Hidangkan bersama taburan.
Keyword Ayam, Bubur, Nasi
Tried this recipe?Let us know how it was!