Go Back
+ servings
resepi biskut arab susu

Biskut Arab Susu

Snek yang cair di mulut dan sedap.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 45 minutes
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

  • 150 gram minyak sapi (ghee)
  • ¼ sudu kecil garam halus
  • 1 cawan susu tepung
  • ¼ cawan tepung jagung
  • 2 cawan tepung gandum

Hiasan

  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula aising

Instructions
 

  • Mula-mula, dalam mangkuk, masukkan Ghee, garam halus dan susu tepung dahulu. Kacau rata menggunakan senduk atau spatula.
  • Seterusnya, baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli menggunakan tangan hingga doh tak melekat di tangan.
  • Kemudian, oles dulang pembakar dengan mentega / alas dengan baking paper.Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang pembakar.
  • Seterusnya, bakar pada suhu 170℃ selama 15 minit atau sehingga bahagian bawah biskut sedikit garing.
  • Akhir sekali, angkat dan sejukkan sebentar di atas redai sehingga biskut suam-suam kuku.
  • Note : Untuk membuat coatingnya, campurkan susu tepung dan gula icing dan gaul rata.Golekkan biskut ke dalam coating dan susun atas redai.Simpan biskut dalam balang kedap udara selepas biskut betul-betul sejuk.
Keyword biskut arab susu
Tried this recipe?Let us know how it was!