Go Back
+ servings
udang masak sambal

Udang Masak Sambal

No ratings yet
Prep Time 15 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 4

Ingredients
  

Bahan-Bahan

  • 250 Gram Udang
  • 12 Ulas Bawang merah Dihiris.
  • 6 Ulas Bawang putih Dihiris.
  • 3 Cm Halia Ditumbuk.
  • 3 Helai Daun bay/daun salam
  • 1 Biji Limau nipis (Untuk rendam bersama udang sebelum dimasak).
  • 1 Helai Daun limau purut
  • 1 Biji Tomato (Potong 4 bahagian).
  • 1 Sudu besar Tepung jagung
  • 5 Sudu besar Air (Untuk menjadikan tepung jagung cair, atau laraskan ketebalan mengikut citarasa anda).
  • Secukupnya Kicap manis (Jika suka manis).
  • Secukupnya Gula (Jika suka manis).
  • Secukupnya Garam
  • 1 Gelas kecil Air (Jika suka kuah banyak).
  • Secukupnya Bawang bombay Dihiris.
  • Secukupnya Cili Menepati citarasa masing-masing.
  • Secukupnya Minyak masak
  • Secukupnya Sos tiram

Instructions
 

  • Mula-mula, rendam udang dengan air limau nipis, tujuannya nak hilangkan bau.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, daun salam dan daun limau purut dalam minyak sehingga naik bau.
  • Masukkan udang, kemudian sos tiram lebih kurang 2 sudu besar terlebih dahulu. Masak sehingga masak.
  • Kemudian masukkan hirisan tomato dan cili, tambah garam dan/atau sos tiram jika rasa masih kurang sedap.
  • Masukkan tepung jagung jika mahu kuah menjadi pekat.
  • Masukkan kicap dan/atau gula jika anda suka lebih manis. Tambah sedikit air jika mahu kuah banyak, asalkan komposisi sos tiram, gula, garam, dan kicap/gula diselaraskan semula, sehingga anda mendapat rasa yang sesuai.
  • Semak rasa. Jika mengikut citarasa/sedap, sila angkat dan hidangkan.
Keyword Sambal, Udang
Tried this recipe?Let us know how it was!