Go Back
+ servings
resepi sagu mata ikan

Sagu Mata Ikan

Menu ciptaan tradisional yang sedap dan mudah dibuat
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 20 minutes
Course Drinks
Cuisine Melayu
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

  • 120 gram sagu mata ikan
  • 80 gram gula
  • 1 sachet serbuk vanila
  • 2 helai daun pandan
  • 1 liter air

Kuah Santan

  • 65 ml santan
  • 120 ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan

Instructions
 

  • Didihkan air dan daun pandan.
  • Masukkan sagu mata ikan dan masak dengan api sederhana selama 5 minit. Kacau sekali-sekala.
  • Bila dah masak tutup api dan tutup dengan tudung. Biarkan selama 30 minit untuk menyejukkan sedikit.
  • Selepas itu, buka penutup semula. Hidupkan api. Kemudian, masukkan gula dan serbuk vanila. Kacau hingga sebati.
  • Biarkan mendidih dan tekstur mata ikan sungguh kenyal.
  • Bila mendidih, tutup api dan tutup semula. Biarkan beberapa minit lagi supaya masak sekata, tiada bintik putih pada sagu mata ikan.
  • Sementara menunggu, buat kuah santan dengan masukkan santan, air, garam dan daun pandan serentak. Masak hingga mendidih.
  • Hidangkan bubur sagu mata ikan bersama santan.
Keyword sagu mata ikan
Tried this recipe?Let us know how it was!