Go Back
+ servings
resepi kentang putar

Kentang Putar

Kentang putar ala KFC yang sedap dan mudah dibuat.
No ratings yet
Prep Time 10 minutes
Cook Time 30 minutes
Course Side Dish
Cuisine American
Servings 1 hidangan

Ingredients
  

Kentang

  • 5 biji kentang
  • 1 cawan susu
  • secukup rasa serbuk lada

Bahan Kuah

  • 2 cawan air
  • secukup rasa stok ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • 2 ulas bawang putih kisar
  • 4 sudu besar marjerin
  • 1 cawan tepung gandum
  • secukup rasa lada hitam dan lada sulah

Instructions
 

  • Potong kentang berbentuk dadu dan rebuskan selama lebih kurang 20 minit
  • Kemudian, toskan dan lenyek. Gaulkan bersama susu segar dan lada sulah. Kentangnya dah pun siap.
  • Untuk membuat kuah, mula-mula didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar.
  • Selepas itu, renehkan selama 10 minit. Tutup api dan toskan air rebusan ini ke dalam sebuah bekas. Ketepikan dulu.
  • Kemudian, cairkan marjerin dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau sehingga tepung larut dan tidak berketul.
  • Seterusnya, masukkan air rebusan yang telah ditoskan tadi ke dalam campuran marjerin dan tepung. Campurkan sedikit demi sedikit.
  • Taburkan serbuk lada hitam dan lada sulah mengikut kuantiti dan citarasa anda.
  • Siap untuk dihidang.
Keyword kentang putar
Tried this recipe?Let us know how it was!